Penerangan Jabatan jelaskan tempoh sah kad media yang baru

Shopee CNY Sale

Di tengah kekeliruan dan bantahan berhubung tempoh sah kad media yang dikeluarkan kepada pengamal media, Jabatan Penerangan (Japen) tampil menjelaskan ketetapan terbaru yang berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Japen berkata pengamal media kerajaan dan tempatan (termasuk wartawan dalam talian), mendapat kad media yang sah selama dua tahun.

Ketetapan sama buat rakyat Malaysia yang bekerja untuk media asing. Sebelum ini, kategori itu hanya diberi kad media dengan tempoh sah setahun..

Berdasarkan ketetapan baru itu, kad media dengan tempoh sah setahun pula diberikan kepada pengamal media yang mempunyai kontrak secara tahunan dengan organisasi media seperti kakitangan sambilan atau stringer yang perlu perbaharui kontrak setiap tahun.

Begitu juga pengamal media antarabangsa yang bukan warganegara Malaysia, dan dalam lawatan jangka masa panjang, akan diberi kad media yang sah setahun.

Pengamal media dalam talian yang baru berdaftar dengan Japen pula akan diberi kad media dengan tempoh sah enam bulan saja.

MENARIK:  Kemenangan Malaysiakini dalam Anugerah Putra Aria Brands

"Tempoh ini untuk memastikan media dalam talian tersebut beroperasi secara aktif, sahih dan tidak menyebarkan maklumat palsu (disinformation).

"Selepas itu, tempoh kelulusan yang diberikan adalah sama seperti kategori-kategori di atas," kata kenyataan itu.

Japen awal minggu ini berkata bahawa ia sedang mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan kad media, termasuk tempoh sah.

Penyokong kebebasan media menyifatkan tindakan kerajaan itu bertentangan dengan ikrar menegakkan kebebasan media.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale