Muhammad Shafee Abdullah berkata surat yang dibacakannya secara terbuka berkenaan butiran di sebalik keputusan Lembaga Pengampunan berhubung permohonan bekas perdana menteri Najib Razak, bukan berstatus sulit.
Peguam itu berkata surat yang diserahkan kepada Najib itu adalah dokumen awam.
Bercakap dalam sebuah forum berhubung reformasi pengampunan, Shafee juga berkata sebab dia tidak mendedahkan kandungan surat itu sepenuhnya adalah kerana Najib tidak membenarkannya.
"Saya hanya kongsi (halaman dengan) cap mohor Yang di-Pertuan Agong.
"Kandungannya, saya tak kongsi kerana saya tak dapat kebenaran daripada anak guam (Najib). Bukan kerana ia sulit," katanya.
Shafee berkata tanggapan bahawa surat itu sulit adalah salah.
"Ia dokumen awam. Ia keputusan Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi.
Kandungan surat yang dibacakan Shafee mendedahkan Lembaga Pengampunan mencadangkan agar Najib menghabiskan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya.
Namun, menurut surat itu, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memutuskan belas kasihat patut diberikan kepada Najib dan kemudian mengurangkan hukuman terhadapnya.
Najib pada mulanya dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM120 juta selepas disabit bersalah dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.
Hukumannya kemudian dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.
[Berita lanjut menyusul]