Perancangan untuk Mempercepat Operasi Pembenihan Awan Minggu Depan

Shopee CNY Sale

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan melaksanakan operasi pembenihan awan pada minggu hadapan ekoran kawasan penanaman padi seliaan agensi itu berdepan masalah kekurangan air yang kritikal ketika ini.

Pengerusinya Muhammad Husin berkata langkah drastik itu perlu disegerakan sebagai usaha menyelamatkan tanaman padi yang masih berpeluang untuk dituai.

Beliau berkata keadaan kemarau tahun ini adalah yang paling teruk dalam sejarah sejak agensi itu ditubuhkan lebih 50 tahun lepas.

"Pam Kemubu sedia ada ketika ini sudah kering dan tidak dapat lagi membekalkan air ke kawasan sawah Kada menyebabkan sebahagian besar tanaman sudah tidak dapat diselamatkan terutamanya di bahagian utara dan selatan Kota Bharu yang tidak mempunyai sumber air lain.

"Memandangkan keadaan itu, kita (Kada) akan segerakan operasi pembenihan awan minggu depan di kawasan terbabit dan kawasan lain yang tiada punca air walaupun sebelum ini kita rancang untuk lakukannya hujung April," katanya pada Majlis Iftar Bersama Pengerusi Kada di kediamannya di Kampung Gong Ketereh di Pasir Puteh hari ini.

Muhammad berkata Kada telah melakukan perbincangan dengan Jabatan Meteorologi berkaitan operasi itu dan beberapa lokasi yang sesuai akan dipilih untuk dilaksanakan.

"Operasi pembenihan awan ini kita akan lakukan bagi padi yang sudah ditanam hampir 60 hari kerana bagi padi yang baru ditabur mungkin tidak dapat diselamatkan lagi," katanya.

MENARIK:  Hassan Karim menentang pindaan perlembagaan mengenai hak kewarganegaraan kanak-kanak

Susulan itu, Kada juga akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kemelut yang dialami petani itu.

Muhammad sebelum ini memaklumkan kira-kira 34 peratus daripada keseluruhan 26,833 hektar tanaman padi di bawah Kada dijangka terjejas berikutan musim kemarau pada masa ini termasuk 9,180 hektar bagi kawasan utara dan selatan Kota Bharu.

Keadaan itu, katanya akan mempengaruhi jumlah pengeluaran padi bagi musim penanaman kedua 2023 yang dijangka akan menyusut hingga 25 peratus jika suhu semasa pada Kadar 30 hingga 34 darjah Celsius berbanding 212,000 tan metrik hasil tuaian musim pertama.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale