Permuda PAS Selangor menuntut peningkatan peruntukan guru Kafa

Shopee CNY Sale

Pemuda PAS Selangor meminta kerajaan negeri menambah peruntukan untuk guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) bagi menyelesaikan isu kekurangan guru.

Ketua pemudanya, Mohamed Sukri Omar berkata ketika ini pihak sekolah terpaksa membuat penggiliran menggunakan guru sedia ada bagi menggantikan jadual guru yang cuti bersalin.

"Saya memohon perhatian Menteri Besar Selangor Amirudin Shari supaya menambah peruntukan pada JAIS (Jabatan AGama Islam Selangor) agar isu guru Kafa yang bersalin dapat digantikan oleh guru sementara.

"Hakikatnya kini, sekolah perlu buat jadual waktu giliran menggunakan guru sedia ada. Jika mampu PIBG atau pengurusan sekolah buat lantikan guru dan bayar per jam atau hari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tahun lalu, Amirudin mengumumkan jumlah terkumpul Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Selangor mencecah RM3.71 bilion setakat 9 November 2023. Ia merupakan peningkatan sebanyak RM631.48 juta berbanding tahun 2022.

Prestasi kewangan Selangor juga merekodkan lebihan kewangan sebanyak RM427.25 juta, lapor Selangorkini pada 10 Nov lalu.

MENARIK:  Fadillah menyangkal adanya draf perjanjian peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Mengulas lanjut, kata Sukri, tambahan rizab negeri itu boleh diperuntukkan bagi tujuan membayar elaun guru ganti KAFA.

Tambahnya, walaupun jumlah guru bersalin yang bercuti dalam satu sesi persekolahan tidak besar namun kebajikan guru agama mesti menjadi sebahagian daripada keutamaan kerajaan negeri.

Dia turut berharap agar JAIS menyemak semula perkara ini dan berbincang dengan kerajaan negeri.

"Beban guru KAFA sedia ada tidak bertambah dan sekolah tidak perlu bersusah payah mencari dana untuk guru ganti

"Pendidikan agama tidak boleh lumpuh dan lemah di negeri maju dan berpendapatan tinggi seperti di Selangor," katanya lagi.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale