Home Berita Perniagaan Mengalami Kerugian Melebihi RM600,000 Akibat Terpedaya oleh Pelaburan Palsu

Perniagaan Mengalami Kerugian Melebihi RM600,000 Akibat Terpedaya oleh Pelaburan Palsu

0
Perniagaan Mengalami Kerugian Melebihi RM600,000 Akibat Terpedaya oleh Pelaburan Palsu

[ad_1]

Seorang ahli perniagaan kerugian sebanyak RM688,300 akibat terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata ahli perniagaan lelaki berusia lingkungan 50-an itu sebelum itu berminat untuk menyertai pelaburan berkenaan selepas melihat iklan menerusi laman Facebook pada Oktober lepas.

“Mangsa (ahli perniagaan) telah diberikan penerangan berkaitan pelaburan melalui satu pautan dan melalui laman web berkenaan, mangsa boleh membuat transaksi pelaburan dan melihat statistik pergerakan graf Bursa Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazli berkata mangsa telah melakukan pembayaran sebanyak RM688,300 melalui 19 transaksi ke dalam 12 akaun berbeza dengan dijanjikan keuntungan RM2 juta apabila mencapai tarikh matang pada 24 Jan lepas.

Beliau berkata selepas tempoh yang dijanjikan, ahli perniagaan itu ingin mengeluarkan keuntungan, namun telah diminta membuat pembayaran pengeluaran sebanyak satu peratus daripada jumlah keuntungan.

“Oleh kerana tidak membuat pembayaran seperti yang diminta, mangsa telah disekat daripada mengakses semula ke laman web berkenaan,” katanya menambah ahli perniagaan itu kemudian membuat laporan polis pada Rabu lepas selepas menyedari dirinya ditipu.

Mazli sehubungan itu, menasihati masyarakat supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Beliau berkata berdasarkan statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, sebanyak 136 laporan diterima dalam tempoh seminggu bermula 28 Jan hingga semalam, berbanding 115 laporan bagi minggu sebelumnya dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 21 laporan.

Daripada jumlah itu, katanya sebanyak 36 kertas siasatan telah dibuka melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM1,095,762.15.

[ad_2]