Persetujuan tarikh dan tempat oleh Akmal bagi membincangkan isu sekolah vernakular

Shopee CNY Sale

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyahut pelawaan Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran untuk berdialog berkaitan isu sekolah vernakular.

Set (tetapkan) tarikh, tempat dan masa bro, saya datang.

“Kita terbuka untuk perbahasan mahupun perbincangan secara terbuka untuk isu sekolah satu aliran ini. Kasi jadi,” katanya di Facebook, hari ini.

Semalam Rajiv menegur Akmal supaya tidak memperkecilkan pandangan orang yang berbeza pendapat dengannya sekiranya dia benar-benar memikirkan soal perpaduan nasional.

Sebagai respons terhadap kritikan Akmal terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, Rajiv berkata dia mahu membelanja pemimpin Umno itu ‘minum kopi’ dan berbincang mengenai isu panas berkaitan sekolah vernakular.

"Menghina mereka yang berbeza pandangan sudah tentu bukan jalan menuju perpaduan nasional.

"Sebelum menyerang pendidikan vernakular yang telah berjaya selama beberapa dekad, di mana saya perlu memberitahu, sekolah-sekolah SJKC adalah yang paling berbilang kaum hari ini dibandingkan dengan sekolah kebangsaan, mengapa anda tidak berdialog dengan semua pihak?

"Jika motivasi anda adalah untuk membangkitkan dan menghasut pendukung anda, menonjolkan kelayakan kaum anda, maka saya kira anda akan terus menghamburkan kenyataan seperti ini," kata Rajiv dalam satu kenyataan.

MENARIK:  Anwar derma dana kepada 57 'otai reformis'

Terdahulu, Akmal menyoal logik di sebalik menyokong "Bangsa Malaysia" bagi memperkukuhkan sekolah vernakular.

Dalam sanggahan terhadap P Ramasamy, Akmal berkata hujah sedemikian menjadi punca perpaduan kaum tidak dapat dipupuk.

"Kata parti kamu berbilang kaum, mahu membentuk bangsa Malaysia, tetapi bab pendidikan nak diasingkan?

"Orang politik seperti kamu inilah yang menjadi punca perpaduan antara kaum selama ini tak dapat disuburkan.

"Kamu mabuk ke apa," katanya.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale