Home Berita Polis akan memanggil Andrew Sia untuk menyiasat isu ‘apartheid’ di UiTM dalam masa terdekat.

Polis akan memanggil Andrew Sia untuk menyiasat isu ‘apartheid’ di UiTM dalam masa terdekat.

0
Polis akan memanggil Andrew Sia untuk menyiasat isu ‘apartheid’ di UiTM dalam masa terdekat.

[ad_1]

“Setakat hari ini sebanyak 38 laporan polis telah diterima,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Razarudin dipetik Harian Metro sebagai berkata bahawa 14 laporan polis telah dibuat mengenai artikel itu setakat 6 petang semalam.


BACA BERKAITAN:

Polis buka kertas siasatan kes rujuk UiTM sebagai ‘akademi aparteid’


“Polis akan memohon profiling dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mendapatkan butiran penulis (Andrew Sia) untuk membantu siasatan,” katanya.

Razarudin menambah, laporan pertama dibuat oleh ketua penerangan sebuah parti politik di balai polis Dang Wangi.

Siasatan adalah di bawah penghinaan yang disengajakan bertujuan untuk mencetuskan pecah keamanan (Seksyen 504 Kanun Keseksaan), menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar komunikasi yang boleh dianggap menyinggung perasaan (Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia) dan penggunaan kata-kata yang menghina (Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil).


[ad_2]