Pria Ditemukan Tewas di Dalam Mobil Terkunci

Shopee CNY Sale

Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta yang berkunci di sebuah rumah di Taman Rapat Indah, Ipoh, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh menerima panggilan kecemasan pada jam 12.20 tengah malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki terkunci di dalam kenderaan Perodua Myvi. Mangsa dipercayai telah membakar arang di dalam kereta berkenaan.

"Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas.

"Mangsa diberi rawatan awal oleh pihak petugas kesihatan yang berada di tempat kejadian namun telah disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan.

MENARIK:  Menteri mengusulkan program meningkatkan ketakwaan menjelang Ramadan.

Sabarodzi berkata mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.13 pagi.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale