Puad kata: Janganlah Dr M turun demo, sudahlah Cukup Tun

Shopee CNY Sale

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi menasihati Dr Mahathir Mohamad supaya berehat selepas imej bekas perdana menteri itu “terus merudum”.

Malah katanya Mahathir boleh membiarkan anaknya Mukhriz untuk meneruskan legasinya.

"Untuk kekal relevan Tun M sanggup menyertai demonstrasi di hadapan Istana negara semalam.

"Selepas buat kejutan luar biasa di PRU ke 14 imej Mahathir terus merudum. Macam-macam dia buat. Dia tubuh parti Pejuang. Akhirnya dia hilang deposit di Langkawi.

"Tidak mungkin Mahathir ada penyakit 'Alzheimer politik'?" katanya dalam kenyataan di media sosial, hari ini.

Antara peserta yang menyertai demo itu

Semalam Mahathir dilaporkan menyertai himpunan antikerajaan di hadapan Istana Negara, di Kuala Lumpur bersama aktivis NGO.

Pada Isnin lalu, pemimpin veteran itu juga mengadakan sidang media susulan siasatan pihak berkuasa ke atas anaknya, Mirzan.

Dia antara lain mengakui risau memikirkan nasib Mirzan yang sedang disiasat, yang didakwanya sebagai  tindakan terpilih pihak berkuasa.

MENARIK:  Skim pelaburan palsu menyebabkan kerugian RM3.46 juta kepada warga emas.

Dakwanya, notis arahan pengisytiharan harta yang berikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini sebagai tidak masuk akal

Sementara itu Puad berkata sidang media itu membuktikan Mahathir tidak keruan kerana tertekan Mirzan disiasat.

"Banyak kejayaan Mahathir sebelum ini termasuk menumbangkan kerajaan BN. Cukuplah Tun.

"Biar Mukriz dan anak muda lain teruskan legasinya. Berehatlah," ujarnya.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale