Puad menyatakan Isham hanya menghibur dirinya sendiri.

Shopee CNY Sale

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, menganggap Isham Jalil sebagai syok sendiri apabila menganggap namanya termasuk dalam kalangan bekas ahli yang diinginkan oleh parti berkenaan.

Bahkan Mohd Puad menganggap Umno berdepan risiko "punah-ranah" apabila menerima semula bekas ketua penerangan mereka itu.

Mengulas kenyataan Isham semalam yang menganggap Umno kini terdesak apabila ada pemimpinnya mencadangkan agar bekas ahli tertentu diterima masuk semua, Mohd Puad berkata pandangan tersebut dibuat seadanya saja.

Mohd Puad yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Johor menambah, Umno tidak akan memujuk atau menghamparkan permaidani merah untuk bekas ahli yang dipecat.

Sebaliknya kata Mohd Puad, kesediaan Umno menerima kembali bekas ahli itu merujuk kepada mereka yang membuat rayuan.

"Isham yang syok sendiri. Nama dia memang tidak 'masuk buku'. Buat apa pujuk orang yang tidak hormat konsensus parti. Contohnya Isham. Parti akan punah-ranah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang lagi ahli MKT Umno, Jalaluddin Alias, dilaporkan berkata parti itu bersedia menerima ahli dan pemimpin yang telah disingkirkan selepas PRU lalu.

Cadangan tersebut, katanya, adalah bagi memberi peluang kedua kepada mereka yang tetap setia dan masih percaya pada perjuangan Umno walaupun keahliannya telah dibatalkan.

Isham - yang dipecat Umno pada 6 Dis tahun lalu - kemudian menegaskan dia tidak akan mengambil peluang tersebut.

Menurut Mohd Puad tidak timbul soal Umno terdesak, sebaliknya kenyataan Jalaluddin itu dibuat merujuk kes rayuan beberapa bekas ahli yang dibangkitkan dalam mesyuarat parti.

MENARIK:  Kaji semula kebenaran: Artikel yang mendakwa Teresa anti-Islam dinyatakan sebagai fitnah tetapi tersebar semula

Sesetengah mereka, kata Adun Rengit itu, merayu agar Umno menyegerakan permohonan berkenaan namun MKT enggan membuat keputusan secara tergesa-gesa.

“Maksud Jalaluddin ialah Umno sedia menerima ahli dan pemimpin yang merayu untuk kembali sertai Umno. Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) adalah contoh terbaik,” katanya.

Sementara itu, Veteran Umno menasihatkan parti itu agar berhati-hati dalam usaha untuk menerima kembali bekas ahli yang dibuang sebelum ini.

Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub berkata langkah berjaga-jaga perlu bagi mengelak sebarang kesilapan yang boleh membawa kesan buruk kepada parti.

Katanya cadangan Jalaluddin itu berniat baik iaitu bagi memberi peluang kedua kepada bekas ahli yang membuat rayuan agar diterima semula.

Jika penerimaan berkenaan boleh memperkuatkan parti, katanya, Veteran Umno memang memberi sokongan penuh.

“Tapi sekiranya kemasukan semula mereka boleh memecah belahkan parti maka lebih baik mereka berada di luar Umno saja,” katanya dalam kenyataan lain.

Mereka juga, kata Mustapha mestilah dikenakan syarat yang ketat.

“Mereka perlu 'taubat nasuha' sebelum diterima kembali,” katanya.


Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale