Rangka manusia dobel saat terabaikan sememangnya milik Bella

Shopee CNY Sale

Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di Batu Pahat Jumaat lepas, ialah milik Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pihaknya menerima laporan analisis DNA sampel patologi yang dihantar ke Jabatan Kimia Johor Ahad lepas, dan mendapati ia sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak kepada ibu tunggal beranak dua itu.

“Pihak polis telah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut mayat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan telah mendapat arahan tuduh terhadap seorang daripada tangkapan dalam tahanan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok.

Jumaat lepas, polis menemukan rangka manusia tidak lengkap di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan Bella.

MENARIK:  Peguam: 'Saksi kritikal' bersedia mengemukakan afidavit untuk menyokong tahanan di rumah Najib

Sebelum itu, Bella gagal dihubungi selepas keluar rumah dengan menaiki kereta teman lelakinya pada 11.50 malam 14 Dis tahun lepas, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran.

Dalam pada itu, kakak Bella, Norisham Samsusah, 36, ketika dihubungi berkata jenazah akan dituntut pagi esok dan akan dibawa ke Batu Pahat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang di Batu Pahat.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale