Reka Bentuk Saliran dari Sungai Sarawak ke Sungai Salak sebagai Penyelesaian Banjir di Kuching.

Shopee CNY Sale

Pembinaan sebuah saluran atau kanal untuk mengalihkan air dari Sungai Sarawak ke Sungai Salak di Kuching, merupakan antara solusi menyelesaikan masalah banjir di Kuching.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek tersebut, kini dalam perancangan.

“Dengan adanya kanal ini maka saluran air akan dipecah dua dan tidak lagi tertumpu di Sungai Sarawak sahaja, tetapi ke kawasan lain di Sungai Salak.

“Kini proses reka bentuk sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, apabila reka bentuk dah siap tahun ini kita dapat buka tender dan mungkin tahun depan kerja pembinaan dapat bermula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Back2School Petra Jaya di Kuching, hari ini.

MENARIK:  Harga Maksimum Tiket Sehala ke Sabah, Sarawak, dan Labuan adalah RM599

Pada 2 hingga 5 Mac, situasi banjir telah melanda kawasan selatan Sarawak dengan lebih 1,000 orang telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale