Remaja Diperbolehkan Memandu Kereta, Lelaki Dihadapkan Tindakan Undang-undang

Shopee CNY Sale

Polis mengeluakan saman terhadap seorang lelaki tempatan kerana membenarkan seorang remaja berumur 13 tahun memandu kereta dalam kejadian di Taman Permainan Taman Daya di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tindakan diambil susulan gambar tular di media sosial yang memaparkan remaja terbabit memandu kereta dengan lelaki berkenaan duduk di bahagian penumpang.

Dalam kenyataan hari ini dia berkata lelaki yang disaman merupakan anak kepada pengasuh remaja terbabit.

Katanya lelaki berkenaan disaman mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan.

Menurut Raub, selain disaman lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat unsur pengabaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal.

MENARIK:  Pemuda DAP Melaka: Ibu bapa harus memiliki kebebasan dalam menentukan sekolah anaknya.

Jika disabitkan dengan kesalahan dia boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale