Saya tidak menyukai MCA, bukan berarti saya tidak menyukai BN – Loke.

Shopee CNY Sale

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata imej DAP yang memperjuangkan keadilan dan golongan tertindas membentuk minatnya terhadap ideologi dan perjuangan parti itu.

Menteri pengangkutan itu dalam temubual dalam podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan berkata, minatnya untuk memperjuangkan keadilan sosial telah dipupuk sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

"Ya dari zaman kanak-kanak lagi, dalam zaman saya sekolah lagi, so sudah sinonim dengan logo roket itu.

"Jadi ada kawan yang sokong BN, kita akan lawan. Saya bawa poster roket, dia bawa poster dacing, so kita lawanlah dalam kelas. Itu telah membentuk minat saya dan juga persepsi saya terhadap parti.

"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya nak masuk MCA, tak pernah. So even kat universiti, memang kita tahu bahawa kumpulan pelajar lebih pro kepada MCA, saya sengaja tidak nak masuk kumpulan itu sebab saya tahu bahawa mereka pro-MCA," katanya.

Shahril mencelah dengan bertanya mengapa Loke memilih DAP berbanding BN dan adakah faktor bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad membuatkan dia menjauhkan diri daripada MCA dan BN.

Loke kemudian menjawab: "Tidak, saya rasa faktornya ialah MCA. Saya bukan tak suka BN, saya tak suka MCA".

Apabila Khairy bertanya apakah pandangan ahli parlimen Seremban itu mengenai MCA, Loke berkata parti itu membawa imej yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat, khususnya masyarakat Cina.

"I mean that persepsilah, ia parti taukeh, parti yang hanya untuk orang kaya, orang yang ada kedudukan dan sebagainya. So persepsi, saya tak kata betul atau salah, tapi itu persepsi," katanya.

Tak pernah terlintas nak sertai MCA

Justeru Loke berkata sepanjang hidupnya dia tidak pernah terlintas untuk menyertai MCA.

"Itu tak pernah terlintas dalam fikiran saya semasa di universiti, keluar dari universiti walaupun DAP, ibu pejabat bayar saya gaji tak sampai RM2,000.

"(Lepas) Graduate, tak cukup makan untuk bekerja dalam ibu pejabat DAP tapi tak pernah kata nak join MCA ketika itu.

MENARIK:  Umno menghargai perjuangan Palestin dengan memberikan penghargaan kepada PM

"Walaupun MCA pada ketika itu berada dalam (kedudukan) paling top. Mereka ada banyak kerusi di parlimen, ada ramai menteri, timbalan menteri dan sebagainya," katanya.

DAP sebelum ini merupakan parti pembangkang dan dianggap sebagai seteru politik kepada MCA - sebuah parti berasaskan kaum Cina selama puluhan tahun.

Pada PRU 2008, DAP dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat berjaya mengubah lanskap politik Malaysia apabila pembangkang menawan beberapa negeri dan parti pemerintah hilang majoriti dua pertiga sejak merdeka.

Dalam keputusan pilihan raya itu, Pulau Pinang yang sebelum itu dikuasai Gerakan jatuh ke tangan DAP. Sejak itu sokongan kaum Cina terhadap MCA juga semakin merudum.

Pilihan raya itu juga menyaksikan Loke berjaya mempertahankan kerusi parlimen Seremban untuk DAP.

Pada PRU 2018, DAP bersama gabungannya dalam Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan dengan kerjasama politik daripada parti Bersatu yang diasaskan Dr Mahathir Mohamad.

Kerjaya Loke dalam politik terus bersinar apabila dilantik dalam kabinet sebagai menteri pengangkutan oleh Mahathir ketika itu.

Pada tahun 2022, Loke dilantik sebagai setiausaha agung DAP yang baru bagi menggantikan Lim Guan Eng.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale