Sejarah Serangan Balai Polis Sejak 1980

Shopee CNY Sale

Kejadian Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang diserang individu bertopeng sehingga menyebabkan kematian dua anggota bertugas adalah insiden keempat seumpamanya melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Berikut adalah kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.

16 Okt 1980: Balai Polis Batu Pahat di Johor diserang sekumpulan ahli kumpulan ajaran sesat menyebabkan seramai 23 individu termasuk 14 anggota polis, petugas dan orang awam cedera.

4 Feb 2001: Balai Polis Guar Chempedak di Kedah diserang sekumpulan individu daripada kumpulan yang terpengaruh dengan pelampau antarabangsa dipercayai cuba merompak senjata api di balai itu sehingga menyebabkan dua anggota polis cedera.

31 Ogos 2017: Balai Polis Pinggiran Subang di Selangor -- seorang anggota berpangkat Lans Koperal maut akibat ditembak dari jarak dan ditetak senjata tajam semasa bertugas dalam pekarangan balai berkenaan.

MENARIK:  Pesawat Agong berlepas disertai dengan bergemanya laungan 'daulat tuanku'

17 Mei 2024: Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru -- dua anggota polis maut manakala seorang cedera parah selepas seorang individu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah yang bersenjatakan parang menyerang balai berkenaan.


Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale