Setelah 12 tahun, keluarga lelaki mati akibat ditembak polis merasa lega

Shopee CNY Sale

Keluarga kepada seorang lelaki yang ditembak mati oleh polis 12 tahun lalu lega apabila polis membuat keputusan mengklasifikasikan insiden itu sebagai pembunuhan (homisid).

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Rani Rasiah, yang bersama-sama keluarga mendiang P Kathir Oli menempuhi kes itu di mahkamah, pihak keluarga kini berharap peguam negara (AG) akan membawa pengakhiran kepada perjalanan getir mereka.

"Kes ini bukanlah perjalanan mudah buat mereka. Nama Kathir dan reputasi keluarga terjejas teruk.

Rani berkata keluarga berharap AG akan bertindak atas keputusan itu, yang menunjukkan salah guna kuasa polis secara terang-terangan.

P Kathir Oli

Semalam, Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan kematian Kathir adalah homisid dan bukannya pertahanan diri, seperti didakwa polis sebelum ini.

Kejadian itu berlaku pada 15 September 2011, apabila seorang anggota polis menembak mati Kathir, yang ketika itu berusia 31 tahun dan bekerja sebagai kontraktor, di luar sebuah pub di Ipoh, Perak.

Susulan itu, ketua polis Perak ketika itu, Mohd Shukri Dahlan mendakwa anggota polis itu menembak Kathir sebagai tindakan mempertahankan diri kerana mendiang dan tiga lagi rakannya didakwa cuba merompak pub tersebut dengan parang, dan cuba menyerang anggota polis berkenaan.

MENARIK:  Keadaan pemulihan kebakaran hutan di Pahang semakin membaik.

Namun, PSM berkata menurut keterangan yang dibuat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah polis Perak, tiada parang yang ditemui di tempat kejadian.

Susulan kematian Kathir, isterinya S Janaky dan PSM menggesa inkues awam dibuat. Pada Disember tahun yang sama, Janaky dan PSM menyerahkan memorandum kepada Suhakam di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Pada 20 September 2012, Rani berkata pihak keluarga dimaklumkan tiada inkues yang akan dibuat dan tiga rakan mendiang akan didakwa atas tuduhan menyebabkan kerosakan dan kecederaan kepada penjawat awam.

Pada Januari tahun lalu, koroner memutuskan "keputusan terbuka" ke atas kematian itu, bermakna tiada orang didapati ada jawapan berhubung kematian tersebut.

[Baca berita asal]

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale