Home Berita Skim pelaburan palsu menyebabkan kerugian RM3.46 juta kepada warga emas.

Skim pelaburan palsu menyebabkan kerugian RM3.46 juta kepada warga emas.

0
Skim pelaburan palsu menyebabkan kerugian RM3.46 juta kepada warga emas.

[ad_1]

Seorang wanita warga emas menanggung kerugian RM3.46 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan keuntungan tinggi menerusi pertukaran mata wang asing atau Forex.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata mangsa berusia 60-an itu mendakwa menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan skim pelaburan Forex pada 22 Jan lepas

“Percaya dengan perkara itu, mangsa kemudian membuat 60 transaksi keseluruhan berjumlah RM3.46 juta ke pelbagai akaun yang diberikan oleh suspek.

“Pengadu menyedari ditipu setelah membuat semakan ke atas laman web pelaburan tersebut dan mendapati ia tidak wujud.

“Mangsa seterusnya membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan orang awam supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara Malaysia sebelum menyertai apa-apa skim pelaburan atau skim cepat kaya bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

[ad_2]