Home Berita Spanco menyahkan lebih 20 saksi dalam siasatan isu mereka

Spanco menyahkan lebih 20 saksi dalam siasatan isu mereka

0
Spanco menyahkan lebih 20 saksi dalam siasatan isu mereka

[ad_1]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil lebih 20 orang saksi bagi membantu siasatan melibatkan syarikat tunggal yang memegang konsesi membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan untuk memanggil anggota pentadbiran negara sebelum ini yang terlibat dalam penganugerahan kontrak kepada syarikat itu sekiranya diperlukan.

“SPRM akan panggil sesiapa saja malah pembuat keputusan pada masa itu yang memutuskan untuk menganugerahkan projek itu kepada Spanco.

“Sejarah di sebalik bagaimana syarikat itu dianugerahkan dengan kontrak itu merupakan satu daripada perkara dalam siasatan kami.

“(Kita akan panggil saksi) tidak kisah mereka siapa pun, jika ada keperluan, kita akan panggil mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Sarawak di Kuching hari ini.

Azam berkata siasatan terhadap Spanco itu tidak akan memberi kesan kepada kontrak sedia ada syarikat terbabit untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan.

“Fokus siasatan SPRM ialah melihat kepada dua aspek, iaitu pertikaian pembatalan kontrak LOI (surat hasrat) dan juga bagaimana syarikat tersebut boleh mendapat kontrak itu sebelum ini.

“Kontrak sedia ada (untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan) masih on (berjalan), siasatan tidak akan membatalkan kontrak,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata isu melibatkan kontrak kepada Spanco hanya merugikan negara.

Spanco memegang konsesi untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan sejak 1993, namun apabila kontrak tamat pada 2019, tender terbuka dilancarkan untuk penganugerahan kontrak seterusnya.

Berjaya Group Bhd dan Naza Sdn Bhd membentuk konsesi dan memperoleh kontrak itu melalui surat hasrat (LOI) pada tahun itu.

Bagaimanapun, LOI ditamatkan pada 2020 dan tender dianugerahkan kepada Spanco.

Pada Julai tahun lalu pengasas Berjaya Vincent Tan menfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan dan Spanco berhubung LOI yang ditamatkan dan mendakwa kontrak itu dianugerahkan kepada Spanco walaupun harga yang ditawarkan syarikat berkenaan lebih tinggi.

[ad_2]