Syarat-Syarat Silat di Depan Masjid Nabawi Ditulis Semula

Shopee CNY Sale

Tiada masalah untuk membuat pertunjukkan silat di hadapan Masjidil Haram di Makkah ataupun Masjid Nabawi di Madinah, kata Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor.

Bagaimanapun katanya, ia tidak seharusnya membawa kepada mencemarkan imej negara serta perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi terlebih dulu.

Dengan memetik sirah Nabi SAW, Wan Salim berkata, pernah satu rombongan dari negara Habasyah membuat pertunjukan tarian pedang di dalam Masjid Nabi disaksikan baginda dan Sayyidatina Aisyah

"Tiada larangan bersilat atau membuat persembahan martial art di dalam masjid termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor.

"Kita membaca di dalam kitab-kitab sirah diceritakan pada zaman Rasulullah SAW pernah satu rombongan dari negara Habsyah membuat pertunjukan tarian pedang (tarian kepahlawanan seakan-akan silat) di dalam Masjid Nabi sedangkan Sayyidatina Aisyah menyaksikan pertunjukan itu bersama Rasulullah menerusi jendela rumahnya.

Wan Salim mengulas satu video yang tular di media sosial membabitkan seorang lelaki dewasa bersama dua orang kanak-kanak lelaki bersilat di hadapan Masjid Nabawi di Madinah.

MENARIK:  Tajuk Baharu: Zeti: Bekas CEO AmBank berusaha untuk menyembunyikan kesalahan terkait 1MDB

Tindakan tiga beranak yang lengkap berpakaian tradisi Melayu siap bertanjak itu mengundang pelbagai tanggapan warga maya.

Ada netizen yang beranggapan tindakan tiga sekeluarga itu keterlaluan dan boleh mencemarkan nama baik Malaysia.

Dalam pada itu, Wan Salim menitipkan pesanan supaya sesuatu tindakan yang ingin diambil di tanah suci perlu mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk negara.

Katanya, jika bimbang ia boleh mendatangkan mudarat kepada negara, sepatutnya perkara itu dielak.

"Kalau ia akan merosakkan nama baik Malaysia di mata umat Islam dari negara-negara lain atau akan nenyebabkan kemarahan pihak pengurusan Masjid Nabawi maka tidaklah bijaksana pertunjukan itu diadakan," katanya lagi.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale