Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter melanda Taiwan pada 7.58 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak di 130 kilometer (km) tenggara dari Taichung, Taiwan dengan kedalaman 47 km.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan yang dimuat naik melalui laman web jabatan itu.