Tajuk: Lelaki menganiaya ibu hingga mengalami cedera kepala dan patah dua gigi

Shopee CNY Sale

Hanya kerana tidak berpuas hati almari kasut diletakkan di laluan masuk ke biliknya, seorang pemuda bertindak kejam memukul ibunya dengan menggunakan stereng kereta, menyebabkan mangsa patah dua batang gigi dan berdarah di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata dalam kejadian 12.30 malam itu, mangsa berusia 74 tahun dilaporkan sedang tidur, sebelum didatangi suspek yang kemudian bertindak memukul warga emas itu.

“Melihat kejadian itu, adik mangsa yang berusia 30-an cuba untuk menenangkan abangnya, namun dia turut ditumbuk,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

MENARIK:  Keperluan Tengku Zafrul, Umno S'gor menghentikan membuat kenyataan yang memalukan diri sendiri

Ekoran kejadian itu ibu mangsa telah membuat laporan polis dan suspek yang berusia 36 tahun yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, ditahan sejurus selepas itu.

Beliau berkata hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati mendapati negatif dadah.

Lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga 27 Feb depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale