Tajuk: Pesawat terhempas, dua penumpang dan seorang juruterbang terlibat

Shopee CNY Sale

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC telah terhempas dekat Kapar, Selangor pada Selasa, 13 Februari 2024.

"Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut.

“Namun keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

"Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016," kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Norazman Mahmud pada satu kenyataan hari ini.

Norazman berkata hubungan terakhir pesawat dengan kawalan trafik udara dilaporkan pada 1.35 petang namun tiada panggilan kecemasan diterima.

"Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat," katanya lagi.

MENARIK:  Meningkatkan tulisan Jawi dengan bantuan Kecerdasan Buatan (AI)

Pesawat berkenaan dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale