Tajuk yang baru: Perasaan tidak sabar rakyat Indonesia menjelang pemilihan presiden besok

Shopee CNY Sale

Rata-rata rakyat Indonesia yang layak mengundi menyatakan kesiap-siagaan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka memilih seorang presiden baru, esok.

Dalam tempoh bertenang (masa tenang) selepas tamat tempoh berkempen, kebanyakan mereka enggan mengulas secara mendalam calon yang menjadi pilihan hati.

Namun mereka meletakkan harapan besar untuk melihat Indonesia terus maju ke depan dipimpin seorang presiden yang berjiwa besar bagi membawa aspirasi rakyat dan negara.

Seorang kakitangan awam mahu dikenali sebagai Pak Heru, 60, berkata dia sudah mempunyai pilihan sejak awal dan meletakkan keyakinan bahawa pemimpin pilihannya bakal menjadi pengganti Joko Widodo atau Jokowi.

“Apa yang penting rakyat mahu seorang presiden yang faham tanggungjawabnya, yang jelas hala tuju, misi dan visinya.

“Saya lihat ketiga-tiga calon kali ini semuanya bagus dari segi idea-idea, perancangan hala tuju dan dasar negara.

Pilihan Raya Umum Presiden atau disebut sebagai PilPres Indonesia hari ini menyaksikan persaingan antara Anies Baswedan sebagai calon nombor satu diikuti calon kedua Probowo Subianto dan calon ketiga Ganjar Pranowo.

Ia akan berlangsung esok bermula jam 7 pagi hingga 1 petang membabitkan lebih 200 juta pengundi berdaftar.

Pemenangnya akan menggantikan Jokowi sebagai presiden Indonesia kelapan pada Oktober depan.

Sementara itu seorang penghantar, Muhamad Akhbar Said, 38, berkata bagi PilPres kali ini dia mempunyai dua orang calon pilihan dalam pertimbangan.

Muhamad Akhbar Said

“Saya menggemari Anies dan Probowo, kedua-duanya dikira pemimpin yang bagus. Namun ada sebab tertentu saya kurang gemar kepada pasangan Probowo iaitu Gibran Rakabuming Raka.

“Pandangan saya, Gibran belum layak untuk diangkat mendampingi Probowo kerana masih terlalu muda. Tapi di sisi lain ada hal yang positif juga.

“Jadi saya akan tentukan pada kertas undi nanti, lagi pun undi itu rahsia,” ujarnya disusuli ketawa.

Arif Jihad Sidek

Bagi pekerja restoran, Arif Jihad Sidek, 25, pula dia berkata dia mengharapkan presiden yang dipilih nanti dapat menggalas tanggungjawab dengan baik.

“Saya sendiri sudah ada pilihan namun mungkin juga berubah. Ia bergantung jika fikiran berubah.

MENARIK:  Yakinlah Bahawa Setiap Rakyat Memiliki Potensi Luar Biasa Dalam Masa Depan Ekonomi Yang Cerah

“Cumanya kita sebagai rakyat mengharapkan seorang pemimpin terbaik akan diangkat sebagai presiden baru nanti,” katanya.

Sementara itu Ketua Umum Persatuan Wartawan Indonesia, Hendry Ch Bangun berkata ketiga-tiga calon presiden kali ini mempunyai populariti tinggi dalam kalangan rakyat Indonesia kerana masing-masing sudah berkhidmat dalam jawatan sebelum ini.

Justeru katanya, rakyat Indonesia sudah mengenali mereka dan merasai perubahan-perubahan yang dibawa.

"Anies Rasyid adalah bekas menteri pendidikan sebelum dilantik menjadi gabenor Jakarta. Dia terkenal dengan kepandaiannya sewaktu berada dalam Kabinet Jokowi dengan memulakan gerakan pendidikan untuk rakyat Indonesia. Jadi dia sangat memiliki kemampuan untuk menjadi pemimpin negara.

"Probowo pula menteri pertahanan yang mempunyai kecekapan dan pengalaman sebagai seorang pemimpin malah dia juga seorang ahli perniagaan berjaya.

“Ramai yang mengatakan Probowo sudah berusia tetapi sebenarnya inilah kelebihan yang dimilikinya untuk menjadi ketua negara.

"Ganjar pula ialah ahli Parlimen selama lebih dua penggal dan sangat kompeten. Dia juga adalah yang paling dekat dan dikenali rakyat apabila menjadi gabenor Jawa Tengah," katanya ketika ditemui media Malaysia yang menyertai program Jejak Serumpun anjuran Ikatan Setiakawan Malaysia-Indinesia (Iswami) Malaysia sempena PilPres 2024 di Jakarta.

Diminta mengulas mengenai skandal yang dihadapi Probowo dan Gibran yang juga anak sulung Jokowi, dia menjelaskan isu itu memberi kesan kepada golongan pertengahan dan rakyat yang lebih terpelajar sahaja.

"Di bawah-bawah itu (rakyat) adalah di bawah pengaruh Jokowi, warga maya boleh berbicara apa sahaja termasuk dokumentari 'Dirty Vote' namun penilaian di dasar tidak seperti itu," tambah Hendry.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale