Home Berita Tajuk yang ditulis semula: Rafizi: Bukan Melayu lebih percaya kerajaan daripada pembangkang

Tajuk yang ditulis semula: Rafizi: Bukan Melayu lebih percaya kerajaan daripada pembangkang

0
Tajuk yang ditulis semula: Rafizi: Bukan Melayu lebih percaya kerajaan daripada pembangkang

[ad_1]

PARLIMEN l Masyarakat bukan Bumiputera kurang percaya kepada pembangkang, bukan kerajaan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini.

Katanya, kadar pendaftaran bukan Melayu yang tidak mengemas kini sistem Pangkalan Data Utama (Padu) adalah didorong faktor golongan berkenaan tidak biasa menerima bantuan dan mengisi dokumen seumpama itu.

“Kkalau sebut tentang trust deficit (kurang percaya) bukan Melayu, saya dengan yakin boleh menyebut bahawa lebih 90 peratus pengundi bukan Melayu ada keyakinan yang penuh dengan kerajaan perpaduan sekarang.

“Kalau ada trust deficit itu trust deficit dengan pembangkang, bukan kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat semasa Waktu Soal Menteri hari ini sebagai jawapan kepada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas).

Fadhli menyoal jika peratusan masyarakat bukan Melayu tidak mendaftar untuk Padu adalah tertinggi membuktikan bahawa mereka kurang percaya terhadap kerajaan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, golongan itu juga berasakan mereka berada dalam golongan M40 ke atas dan tidak layak mendapat apa-apa bantuan.

“Maka mereka tidak layak apa-apa bantuan. Itu sebab dia, bukan sebab trust deficit.

“Sebab itu kita cuba meyakinkan kepada kumpulan penduduk bukan Melayu bahawa di kalangan mereka pun sebenarnya ada yang berisiko keciciran. 

“Yang M40 di dalam penduduk dan warganegara bukan bumiputera itu sebenarnya bukan semua kaya.

“Ada yang layak mendapat bantuan dan bahayanya jika mereka tidak mendaftar di dalam Padu oleh kerana mereka memang tidak pernah dapat bantuan sebelum ini,” katanya lagi.

[ad_2]