Home Berita Tengku Zafrul ingin melaporkan polis mengenai dugaan kelakuan tidak wajar.

Tengku Zafrul ingin melaporkan polis mengenai dugaan kelakuan tidak wajar.

0
Tengku Zafrul ingin melaporkan polis mengenai dugaan kelakuan tidak wajar.

[ad_1]

Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu memfailkan laporan polis berhubung video tular yang membayangkan dirinya terlibat dalam salah laku.

“Terdapat video yang telah tersebar di media sosial membayangkan saya terlibat dalam salah laku berikutan kehadiran saya pada pelancaran satu produk pada tahun 2023.

“Saya menerima jemputan itu dengan niat baik dan pasukan kami tidak mempunyai pengetahuan awal tentang dakwaan atau ketidakwajaran tersirat yang ditimbulkan dalam video tersebut.

“Oleh itu, pasukan saya telah memulakan siasatan mengenai perkara ini, dan saya akan membuat laporan polis sebaik sahaja saya kembali ke Malaysia supaya siasatan rasmi boleh dimulakan.

Justeru Tengku Zafrul menggesa mana-mana pihak yang mempunyai bukti mengenai dakwan salah laku terbabit untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Terdahulu, seorang lelaki yang tidak dikenali dalam sebuah rakaman video di media sosial mendakwa dia dibayar RM800 untuk menjadi ‘CEO’ sebuah syarikat dengan menandatangani MoU palsu dalam satu majlis yang turut dihadiri Zafrul.

Lelaki itu mendakwa syarikat itu menggunakan MoU palsu untuk mengumpul RM36 juta.

Lelaki itu mendakwa bekerja dengan syarikat pengiklanan terkenal dan menunjukkan gambar dirinya bersama bekas perdana menteri Najib Razak yang kini sedang dipenjarakan.

Video itu ditujukan kepada setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin selain turut meminta perhatian Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung perkara itu.

[ad_2]