Tradisi Aidilfitri keluarga yang fasih berbahasa Tamil bersama tetangga India

Shopee CNY Sale

CERITA MUHIBAH KITA | Sedari zaman kanak-kanak, Juliana Pija Ismail dan keluarganya meneruskan tradisi mengalu-alukan jiran kaum India mereka untuk bertandang ketika Hari Raya.

Setelah 20 tahun, tradisi itu menarik perhatian ribuan orang selepas Juliana berkongsi video ibunya bercakap bahasa Tamil ketika melayan keluarga India ketika Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Wanita berusia 38 tahn itu berkata ibu dan bapanya menjadi fasih bercakap Tamil ketika tinggal di ladang TRP Trong di Taiping, Perak, walaupun dia sendiri dan adik beradiknya tidak bercakap bahasa itu.

Mereka kemudian berpindah ke sebuah rumah pangsa di Petaling Jaya pada 2000-an dan menjalin hubungan yang erat dengan salah satu jiran mereka.

Keluarga Juliana tinggal di tingkat pertama, manakala keluarga Katia di tingkat 15.

Hubungan erat antara keluarga

Walaupun ayahnya dan Katia sudah meninggal dunia, tradisi menyambut Hari Raya bersama-sama diteruskan dan hubungan antara dua keluarga tersebut kekal erat.

Baru-baru ini, Juliana berkongsi video ibuanya, Hasimah Saman, 61, dikunjungi anak Katia, Kumarasan Sathya dan keluarganya di rumah mereka.

Video yang dimuat naik di TikTok itu merakam ibunya yang berbual dalam bahasa Tamil dengan penuh teruja.

MENARIK:  Komen Hina Islam - Warga Sabah Terpaksa Dipenjara dan Dikenakan Denda

Video itu setakat ini telah menerima 70,000 'like' dan dikongsi lebih 1,500 kali.

"Kumarasan datang bersama isteri dan anak-anak. Mereka gembira bertemu ibu saya dan menikmati masakannya," kata Juliana.

Antara juadah Hari Raya kegemaran Kumarasan adalah rendang ayam, ketupat dan nasi impit hasil air tangan ibunya.

"Dalam video itu, ibu saya sempat bergurau yang saya tidak boleh memasak sebaiknya," katanya lagi.


Baca: Kongsi ‘cerita muhibah kita’

Bagaimanapun ibu Kumarasan tidak dapat turut berkunjung disebabkan urusan lain, kata Juliana.

Dia berkata wanita itu sering melawat ibunya dan mereka juga pergi ke majlis perkahwinan dan perayaan lain bersama-sama.

"Ketika mereka sambut Deepavali di kampung mereka, ibu Kumarasan akan menyediakan ladu, muruku dan makanan tradisi India yang lain untuk kami memandangkan kami tidak dapat melawat mereka," katanya lagi.

" data-video-id="7356178440678165778" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@julianapija Mak happy bila anak jiran India datang raya.Terus mak cakap Tamil☺️ #fyp #foryourpage #selamathariraya ♬ original sound - Juliana Pija

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale