Home Berita Tragedi di Air Terjun Kg Sebat: Satu Korban Maut, Satu Korban Hilang

Tragedi di Air Terjun Kg Sebat: Satu Korban Maut, Satu Korban Hilang

0
Tragedi di Air Terjun Kg Sebat: Satu Korban Maut, Satu Korban Hilang

[ad_1]

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden kepala air di air terjun Kampung Sebat, Sematan, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya ini petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.55 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi berkenaan.

Menurutnya insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.

“Seorang mangsa juga berjaya dikeluarkan orang kampung namun disahkan meninggal di lokasi, manakala seorang lagi masih hilang.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang ditangguhkan pada 7 malam tadi dan akan disambung esok (pagi ini),” menurut kenyataan itu.

[ad_2]