Home Berita Umno memberikan sokongan sepenuhnya kepada Akmal

Umno memberikan sokongan sepenuhnya kepada Akmal

0
Umno memberikan sokongan sepenuhnya kepada Akmal

[ad_1]

Umno menyokong penuh pendirian lantang Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera tulisan kalimah Allah yang mencetuskan kontroversi ketika ini.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ketetapan tersebut dibuat sebulat suara kepimpinan parti itu dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno, sebentar tadi.

“Isu yang dibawa Pemuda Umno adalah mewakili Umno, ia pun dibincangkan dalam MKT dan seluruh ahli majlis MKT menyokong penuh pendirian itu dan isu berkenaan isu Allah telah dibincang dalam MKT dan majlis MKT tadi sokong penuh pendirian Pemuda Umno,” katanya pada sidang media di lobi Menara Dato Onn, WTC Kuala Lumpur.

Akmal antara ahli politik yang paling lantang bersuara dalam isu ini, menggesa orang ramai memboikot KK Mart jika rangkaian kedai serbaneka tersebut tidak mengangkat kain rentang permohonan maaf.

Akmal juga sebelum ini menggesa orang ramai untuk membuat laporan polis.

Kontroversi tercetus minggu lalu apabila gambar stoking yang tertera perkataan ‘Allah’ dijual di kedai serbaneka KK Mart Bandar Sunway dan tular di media sosial.

Susulan kekecohan itu, KK Mart mengeluarkan permohonan maaf kepada semua pelanggannya, khususnya masyarakat Islam dan mengesahkan bahawa tindakan segera telah diambil untuk menghentikan penjualan stoking berkenaan.

Ini termasuk menamatkan kontraknya dengan Xin Jian Chang Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor.

[ad_2]