Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai untuk menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor, pada jam 12 tengah hari esok.
Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata beliau juga akan menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di masjid berkenaan.
“Ayuh kita bersua dan merapatkan silaturahim antara satu sama lain dalam menyambut kemeriahan bulan Syawal ini,” katanya.