Wan Rosdy: Pua nampaknya mencari publisiti yang rendah, kata Wan Rosdy.

Shopee CNY Sale

Naib Presiden Umno Wan Rosdy Bin Wan Ismail membidas bekas ahli parlimen DAP Tony Pua berhubung kenyataannya terhadap keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara terhadap Najib Razak.

"Tindakan beliau ini juga seolah-oleh cuba meraih publisiti murahan bila mana diri beliau dilihat sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat termasuk ditolak ahli partinya sendiri dan semakin menuju kepada pengakhiran karier politiknya.

"Oleh yang demikian, saya mendesak agar Tony Pua membuat permohonan maaf serta memadam semua hantarannya itu atau tindakan undang-undang boleh dikenakan," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Rosdy kenyataan Pua disifatkan "biadab" dalam keadaan seluruh ahli Umno bersedih dan terkesan dengan keputusan Lembaga Pengampunan itu.

"Bagaimanapun kita tetap menghormati keputusan tersebut meskipun hasrat untuk melihat bekas perdana menteri itu mendapat pengampunan penuh tidak menjadi kenyataan," katanya lagi.

Semalam Pemuda Umno berkata akan membuat laporan polis terhadap Pua kerana didakwa mempersoalkan keputusan Agong.

Jumaat lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan tempoh hukuman penjara terhadap Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, yang bermakna dia akan dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2028.

MENARIK:  Mula didengar petisyen pengampunan Najib yang diajukan oleh Lokman awal karena PM, Zahid

Dalam mesyuarat pada Isnin (29 Jan), lembaga itu turut mengurangkan denda yang dikenakan ke atas Najib daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Agong sebelum ini, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Selasa (30 Jan).

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International pada Ogos 2022.

Selepas keputusan Lembaga Pengampunan itu diketahui umum, Pua membuat beberapa hantaran di Facebook memberi maklum balas terhadap keputusan berkenaan.

“Bolehkah seseorang hantar saya ke penjara selama 1 tahun dan sebagai pertukaran, bayar saya RM50 juta? Tolonglah"

Satu lagi hantaran dalam bahasa Inggeris berbunyi: "i beg your pardon?

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale