Warga emas yang dihanyut arus ditemukan dalam keadaan lemas.

Shopee CNY Sale

Seorang warga emas yang dilaporkan hilang semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing, Kuantan, semalam ditemukan lemas tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Lee Yie Chong, 62, ditemukan pada 12.45 tengah malam, kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

"Mangsa ditemukan terdampar di Kampung Jelihan Sungai Lembing dan buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee yang merupakan pemilik kedai 3D Sungai Lembing dilaporkan hilang sekitar jam 7 petang semalam.

Ketika itu dia meredah air bersama isteri dan anak lelakinya ke kereta yang diletakkan di tempat tinggi untuk pulang ke rumah.

Mangsa yang berjalan di antara isteri dan anaknya dikatakan mengadu kepenatan sebelum dia kemudian dihanyutkan arus deras.

MENARIK:  Perlu Dibincangkan Terlebih Dahulu Cadangan Tribunal Penjawat Awam menurut Fahmi

Mereka sebelum itu memindahkan barangan di dalam kedai berikutan banjir kilat kerana hujan lebat berterusan sejak 3 petang, sekali gus menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan pekan.

Bagaimanapun, banjir mulai surut dengan paras Sungai Lembing - yang melepasi paras bahaya malam tadi - berada pada paras waspada pagi ini.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale