Memilki peranti terkini menjadi impian semua, tapi kalau dah beli kemudian tak tau guna pun tak best juga kan? Kadang-kadang bila cari kat internet pun maklumat tak lengkap.
No worries guys! Kali ni kami nak kongsikan 4 tip hebat menggunakan peranti mudah alih HUAWEI. Gerenti korang takkan menyesal pilih HUAWEI sebagai teman setia dan paling penting mestilah korang dapat merasai sendiri pengalaman menggunakan teknologi terbaru HUAWEI.
Tips #1: Muat turun aplikasi kegemaran dengan cepat, selamat & mudah
Orang cakap bila pakai HUAWEI susah nak download aplikasi favourite korang. Hiraukan apa mereka cakap sebab sebenarnya ada cara yang cepat, selamat dan mudah untuk muat turun aplikasi yang korang mahukan menggunakan peranti HUAWEI. Ni 3 langkah mudah yang korang perlu lakukan:
- Langkah 1: Buka Aplikasi Petal Search
- Langkah 2: Cari aplikasi yang korang mahukan
- Langkah 3: Dah jumpa, korang boleh muat turun aplikasi tersebut
Korang juga boleh cari aplikasi yang korang mahukan tanpa perlu membuka Petal Search. Hanya install Petal Search Widget pada skrin utama korang, kemudian klik Go pada aplikasi yang korang mahukan. Hanya dengan satu tap, aplikasi yang korang mahukan akan keluar di skrin. Mudah kan?
Bukan itu saja, korang juga boleh mengemas kini aplikasi dengan mudah menggunakan Petal Search Widget. Apa yang korang perlu lakukan ialah buka Petal Search Widget kemudian pilih Saya (ME) di sebelah kanan bahagian bawah. Pilih muat turun dan pilih kemas kini, kemudian klik pada aplikasi yang perlu dikemas kini.
Tips #2: Mengalih permainan online dengan ID Google ke peranti HUAWEI
Korang seorang gamers? Risau kalau bertukar ke peranti HUAWEI, history game yang korang main akan hilang? Jangan khuatir, sebab korang boleh je log masuk ke akaun game korang di telefon baru tanpa menjejaskan perkembangan game.
Apa yang korang kena lakukan ialah sambungkan akaun Facebook atau akaun rasmi game korang ke telefon lama. Kemudian, muat naik game tersebut pada telefon baru dan log masuk menggunakan ID Facebook atau akaun rasmi game korang.
Korang boleh teruskan bermain game dengan telefon baru dari mana korang berhenti tanpa ketinggalan apa-apa pun!
Tips #3: Mudah back up & pindahkan WhatsApp/ WeChat ke peranti HUAWEI
Bila tukar phone baru, benda yang paling ditakuti semestinya kehilangan pesanan pada aplikasi perbualan seperti Whatsapp atau WeChat. Tapi dengan HUAWEI, tak perlu risau lagi! Yang penting korang ikut langkah ni dan kami jamin semua maklumat korang selamat semasa bertukar ke peranti baru HUAWEI.
- Langkah 1: Pada telefon lama korang, pilih Tetapan>HUAWEI Account>Cloud
- Langkah 2: Kemudian pilih Sandaran Cloud Backup > Pilih Sandaran > App Data
- Langkah 3: Dalam App Data, berikan akses WhatsApp/WeChat untuk mengakses
- Langkah 4: Pergi semula ke sandaran Cloud dan pilih sandarkan
- Langkah 5: Tunggu sehingga sandaran selesai
- Langkah 6: Pada telefon pintar baru, pilih Tetapan>akaun HUAWEI>Cloud
- Langkah 7: Kemudian buka Sandaran Cloud> Pilih Pulih Data
- Langkah 8: Periksa rekod sandaran dan pilih sandaran terkini
- Langkah 9: Pilih Aplikasi Data> Pilih WhatsApp / WeChat> Klik OK
- Langkah 10: Pilih Pulihkan pada kotak pemberitahuan dan tunggu sehingga selesai
Tips #4: Relaks & nikmati ganjaran eksklusif AppGallery!
Kalau korang nak tau, HUAWEI AppGallery kini telah memiliki banyak aplikasi yang digemari oleh rakyat Malaysia.Bukan itu saja, ia juga cepat, mudah dan selamat untuk digunakan.
Dengan HUAWEI AppGallery, macam-macam yang korang boleh dapat tau. Antara ganjaran terkini ialah pulangan tunai yang disertakan melalui aplikasi Penang Smart Parking. Bagi 10,000 pengguna pertama untuk memuat turun aplikasi ni, korang boleh menebus wang tunai RM5 *.
Nak tebus ganjaran ni, ikut 5 langkah mudah di bawah:
- Langkah 1: Muat turun aplikasi Penang Smart Parking melalui Petal Search Widget
- Langkah 2: Setelah muat turun, pergi ke HUAWEI AppGallery dan pilih Hadiah
- Langkah 3: Kemudian pilih Tuntutan dan Salin
- Langkah 4: Lancarkan aplikasi Penang Smart Parking dan pilih Reload> Redeem baucar
- Langkah 5: Tahan dan Tampal Kod, kemudian klik OK
- Sebarang maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery korang terus klik di SINI.
Bertukarlah ke peranti pintar HUAWEI & nikmati lebih banyak ganjaran!
Tak payah pikir banyak nak bertukar ke peranti lain. Pastikan HUAWEI menjadi pilihan sebab ada banyak kelebihan yang korang boleh nikmati sebagai pengguna HUAWEI. Antara faedahnya termasuklah:
Pengguna boleh menikmati sebulan PERCUMA untuk ruang penyimpanan di HUAWEI Cloud sebesar 50GB, 200GB sehinggalah 2,048GB di antara 1 Julai sehingga 31 Disember. Untuk menebus, ini langkah yang korang perlu ikuti:
- Langkah 1: Pilih tingkatkan penyimpanan
- Langkah 2: Pilih saiz storan yang korang mahukan (50GB / 200GB / 2,048GB)
- Langkah 3: Klik Beli, pilih seterusnya
- Langkah 4: Pilih tambah kad bank, masukkan butiran kad bank
- Langkah 5: Klik sahkan dan storan HUAWEI Cloud korang berjaya ditingkatkan!
Bukan itu saja, bagi pengguna HUAWEI, korang juga boleh menikmati keahlian eksklusif VIP PERCUMA selama 3 bulan* di TVB, MANGO TV, VIU, dan Dimsum.
Korang juga boleh menikmati dan belajar secara percuma di HUAWEI Video melalui Akademi HUAWEI. Terdapat 300 video pendidikan yang disediakan secara percuma dengan menampilkan 22 pakar terlatih dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Video ni dapat membantu korang mengembangkan, mengasah dan menguasai kemampuan dalam pelbagai bidang, dari akademik hinggalah ke bahagian lakonan dan sukan. Menarik kan?
Jadi tunggu apa lagi? Jom la bertukar ke peranti pintar HUAWEI, hari ni juga!