Pelakon Shakilla Khoriri atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri dikhabarkan bakal menamatkan zaman jandanya pada esok hari (Sabtu).
Kahwin dengan duda anak satu?
Memetik sumber kepada Xtra, Shakilla, 34, bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.
Didakwa, lelaki itu merupakan duda anak satu dan merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan sendiri.
Imbas kembali, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018, namun disahkan berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.