Adakah Shakilla Khoriri telah Melangsungkan Perkahwinan Setelah Berkongsi Foto Berbaju Pengantin dengan Ramona?

Shopee CNY Sale



Semalam, Pelakon Shakilla Khoriri atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri dikhabarkan bakal menamatkan zaman jandanya, hari ini.

Sah bergelar isteri?

Terbaru menerusi posting yang dimuat naik pelakon, Ramona Zamzam, Shakilla dipercayai sudah sah bergelar isteri kepada lelaki yang dikenali sebagai Fariz.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Ramona itu, Shakilla kelihatan cantik memakai busana pengantin berwarna putih. Anaknya, Ameena Sofia turut kelihatan dalam foto tersebut.

Ujar Ramona, dia berharap rakan baiknya itu bahagia sentiasa.

Semoga kebahagiaan milikmu @shakillakhoriri, sayang kau dan ameena.

Selain Ramona, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada turut menghadiri majlis tersebut.

Lawanya pengantin

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Shakilla.

MENARIK:  Sean Lee Mengarahkan Pertanyaan kepada Orang Ramai: "Siapakah Kekasih Hati Saya?"

Semalam, viral di media sosial mengenai Shakilla, 34, bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

Didakwa, lelaki itu merupakan duda anak satu dan merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan sendiri.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale