Adat Bagi Duit Raya sebagai Bentuk Sedekah dalam Islam

Shopee CNY Sale



Tidak lengkap hari raya Aidilfitri tanpa pemberian duit raya malah sudah menjadi lumrah anak zaman ini mendapat kutipan duit raya mencecah ratusan bahkan ribuan ringgit.

Artikel berkaitan: Persoal Tindakan Khairul Aming Bagi Bonus Raya Secara Tunai, Individu Bidas Netizen – ‘Bisnes Dia 100% Online Kot’

Artikel berkaitan: ‘Dalam Sebulan Saya Boleh Dapat RM15,000’ – Azlee Senario Syukur, Dapat Bayar Kereta & Rumah Guna ‘Gift’ TikTok

Duit raya sebagai sedekah

Pemberian duit raya boleh dianggap sebagai sedekah iaitu ibadah yang besar pahalanya selain dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan umat Islam.

Selain itu, pemberian duit raya dilihat sebagai amalan yang membuka pintu rezeki.

Allah SWT berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba: 34)

Peruntukan pemberian duit raya boleh menjadi suatu bebanan kepada tuan rumah jika tiada perancangan yang baik dan tidak disertakan dengan niat yang ikhlas.

Bagaimanapun, telah dinyatakan di dalam satu hadis tidak akan miskin seseorang yang bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (Riwayat Muslim: 4689)

Dalam pada itu, ibu bapa serta golongan lebih tua wajar menerapkan kembali matlamat utama aktiviti ziarah-menziarahi bagi mengeratkan silaturahim.

MENARIK:  Panduan Memilih Pelan Postpaid Yang Sesuai Dengan Gaya Hidup Anda: Ikuti Kuiz Ini Untuk Mendapatkan Jawapan!

Ia bukan menjadi agenda untuk mengutip duit raya khususnya kepada golongan kanak-kanak.

Adab ketika menerima duit raya juga perlu diingatkan seperti tidak meminta-minta duit raya kepada tuan rumah dan menjaga air muka supaya tidak membuka sampul duit raya di hadapan tuan rumah.

Oleh itu, budaya duit raya jika dihalusi dengan baik boleh menjadi satu ibadah yang dituntut dalam Islam. Rebutlah peluang ketika Syawal ini untuk mendekatkan yang jauh dan menambah kemesraan antara sanak saudara yang jarang berjumpa.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale