Aiman Tino Minta Penganjur Bayar Hutang Sambil Menyambut Hari Raya dan Malam Lailatul Qadar

Shopee CNY Sale



Di Instagram, penyanyi Aiman Tino memberi peringatan dan berharap pihak penganjur melunaskan bayaran persembahan tertunggak kepadanya sebelum tibanya kedatangan Syawal.

Nak raya dah ni

Menurut Aiman, sehingga saat ini dia masih belum menerima apa-apa bayaran daripada pihak penganjur setelah selesai melakukan persembahan.

Salam nak raya dah ni, mana bayaran saya? Persembahan sudah selesai tapi bayaran tak masuk-masuk! Sila hubungi saya. Takkan saya nak mesej sebut nama setiap orang. Faham-fahamlah ya. Kejar malam lailatul qadar sambil bayarlah mana yang patut juga.

Tambah Aiman, dia memohon agar individu yang dimaksudkan itu menyedari perkara tersebut tanpa perlu disebutkan namanya. Pelantun suara ‘Ku Rela Dibenci’ ini turut berkata, selain mencari keberkatan di malam 10 terakhir Ramadan ini dia meminta agar segala hutangnya turut dilangsaikan dengan kadar segera.

MENARIK:  Penawaran RM50k Oleh ‘Mak Datin’ Kepada Haidar Hasanudin – Dia Mencadangkan Beri Kereta Jika Saya Jadi Teman Rapatnya

Terdahulu, Aiman memberitahu dia tidak teragak-agak untuk membawa hal tersebut ke muka pengadilan selepas hampir setahun menuntut hutang berkenaan.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale