Home Trending Aina Abdul Enggan Tergopoh Gapah Menyiapkan Lagu Untuk Siti Nurhaliza

Aina Abdul Enggan Tergopoh Gapah Menyiapkan Lagu Untuk Siti Nurhaliza

0
Aina Abdul Enggan Tergopoh Gapah Menyiapkan Lagu Untuk Siti Nurhaliza

[ad_1]



Aina Abdul

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul sekali lagi diajukan soalan daripada peminat yang bertanyakan mengenai perkembangan lagu yang dicipta olehnya untuk beberapa penyanyi tanah air.

Mahu hasilkan yang berkualiti

Aina Abdul

Menurut Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, dia tidak mahu tergopoh gapah dalam menyiapkan sesebuah karya demi menjaga kualiti lagu tersebut.

Mengambil contoh, Aina mengatakan lagu untuk penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga masih dalam proses pembikinan.

Saya tidak mahu komen fasal lagu yang saya cipta untuk artis lain. Contohnya lagu untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Lagu untuk Datuk Seri Siti belum siap lagi. Saya sangat mengejar masa sekarang dan agak sibuk.

Apabila saya menciptakan lagu untuk orang lain, saya tidak suka tergopoh gapah.

Nanti apabila mahu tunjukkan pada pelanggan, sudah pasti saya mahukan sesuatu yang sangat berpuas hati. Setakat ini saya belum puas hati lagi.

Aina berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di Instagram miliknya baru-baru ini.

Potongan sesi siaran langsung itu kemudian dirakam dan dimuat naik semula oleh seorang pengguna media sosial di laman TikTok.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 31 tahun itu bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) menerusi lagu ciptaannya berjudul Jangan Mati Rasa itu.

Sementara itu, sesi bertemu peminat atau meet and greet bersama 12 finalis AJL 38 bakal diadakan pada 4 Februari ini, di Pasar Seni (Central Market) Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari sehingga 6 petang.

AJL 38 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 3 Mac 2024. Anda juga boleh mendapatkan tiket final AJL 38 bermula 5 Februari ini DI SINI.

The following two tabs change content below.



[ad_2]