Pelakon Bollywood, Ajay Devgan memberitahu dia jarang membintangi filem genre seram.
Menurut Ajay, dia berasa teruja apabila dapat beraksi dalam sebuah naskhah berkisar tentang paranormal berjudul ‘Shaitaan’.
Pernah berdepan pengalaman paranormal
Menerusi laporan India Today, karya yang dihasilkan itu bersandarkan kisah benar membabitkan dirinya. Ujar Ajay, masih ada individu atau pihak tidak bertanggungjawab menggunakan ilmu hitam demi kepuasan diri sendiri.
Suami kepada pelakon, Kajol itu turut mendedahkan dirinya pernah berdepan pengalaman paranormal ketika 10 tahun terawal pembabitannya dalam arena hiburan Bollywood.
Peristiwa berdepan pengalaman misteri itu dipercayai berpunca daripada sikap dengki segelintir pihak yang mahu menjejaskan kariernya sebagai anak seni. Namun begitu, perkara tersebut dapat diatasi dengan sokongan keluarga dan saudara mara.