Alif Hadi Menjaga Kerahsiaan Hubungan Dengan Bekas Suami Yasmin Hani – ‘Mungkin Jadi Tumpuan Media Luar Negara’

Shopee CNY Sale



Pelakon Alif Hadi bertindak kunci mulut tentang hubungannya dengan bekas suami Yasmin Hani iaitu Sha’arin Razali.

Artikel berkaitan: Yasmin Hani Mahu Nikmati Momen Bercinta Dengan Alif Hadi, Malas Fikir Pasal Kahwin – ‘Masuk 3 Tahun Kami Berkawan’

Artikel berkaitan: Bekas Suami Hormat Yasmin Hani Sudah Berpunya, Bercuti Bersama Atas Pemintaan Anak-Anak – ‘Kami Tetap Kawan’

Tiada hak untuk menghalang

Menerusi temu bual bersama Melodi, Alif mengatakan dia tidak boleh menghalang anak-anak daripada berjumpa dengan Yasmin bersama dengan bapa kandung mereka. Kata Alif, dia bukan seorang yang hanya mementingkan perasaan sendiri.

Bukan saya seorang je, ramai yang cakap ‘boleh ke, kau tak rasa apa ke?’ saya macam ‘nak aku buat apa?’. Tak kan aku nak halang anak-anak mereka jumpa ibu bapa mereka sendiri, luangkan masa bersama dan sebagainya

Saya tak mahu pentingkan diri. Kita pun tak ada di tempat anak-anak dia. Rasanya susah nak jumpa ibu bapa yang dah bercerai boleh pergi bercuti bersama. Walaupun sukar untuk ditelan.

Hubungan dengan bekas suami Yasmin

Disoal tentang hubungan dengan bekas suami Yasmin, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Hmm itu rasanya biarlah rahsia. Saya pun tak nak buka cerita apa-apa nanti dia pula buka cerita. Kang jadi ‘spill the tea’ satu Malaysia pulak.

Walaupun ada macam-macam yang saya boleh bercerita tapi saya rasa benda ni biarlah simpan sendiri. Sekarang ni saya fokus dekat Yasmin dan anak-anak dia.

Yang selebihnya itu tak boleh lah. Dia bukannya yang menentukan periuk nasi dan nasib hidup saya. Segalanya Tuhan yang berikan jadi fokus pada itu sahaja.

Dalam pada itu, Alif menafikan hubungannya dengan Yasmin masih belum ke arah perkahwinan mempunyai kaitan dengan bekas suami teman wanitanya itu.

Tak juga. Sebenarnya banyak lagi benda-benda lain yang kami kena perbaiki lagi. Kalau setakat itu sahaja, itu bermakna saya tak serasi bersama ibu tunggal yang pernah ada anak dengan bekas suami yang belum mati lagi.

Saya pun tak boleh menghalang dia dan hak anak dia untuk berjumpa dengan bapa mereka. Itu bukan salah satu, banyak lagi perkara lain. Kalau kalian di tempat kami, mesti akan faham benda ni.

MENARIK:  Video Wanita Mengungkapkan Niat Mencampak Diri dan 8 Anak, Kini Menjadi Jutawan Pandai - ‘Saya Telah Tergila-gila, Mak’

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale