Alif Satar Merintis Penyertaan Sebagai Duta GB Gold Berkat Minatnya pada Koleksi Emas – ‘Menghasilkan Gold Bar & Alif Dinar yang Menarik’

Shopee CNY Sale



alif satar gold bar

Rezeki selebriti serba boleh, Alif Satar makin mencurah-curah apabila dipilih menjadi duta untuk produk pertama Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia).

Pengumpul emas

alif satar duta emas 2

Menurut Alif, dia bersyukur dan berbesar hati kerana dulu dia hanya pengumpul koleksi emas dan kini menggalas tugas mengajak orang ramai untuk membuat pelaburan.

Kata Alif, 33, permintaannya kepada GB Gold adalah untuk mereka koleksi yang eksklusif justeru terhasil Alif Goldbar dan Alif 1 Dinar.

Sebenarnya saya sudah lama berminat (bisnes produk emas) dan merupakan seorang pengumpul koleksi emas. Sebelum ini, saya tak pernah ditawarkan oleh mana-mana pihak untuk bisnes emas.

Saya tahu kelebihan emas dan saya rasa orang lain pun tahu kelebihan bila kita mengumpul. Bila pihak GB Gold menawarkan, saya tidak mahu keluarkan produk biasa.. nak yang unik.

Itu yang terhasil gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf Alif yang pertama di Malaysia.

Diinspirasikan daripada abjad pertama Arab iaitu ‘Alif’, produk pertama di Malaysia berbentuk ‘Alif’ itu terhasil daripada emas tulen 999.9 di mana Alif Goldbar dihasilkan dengan berat 1 gram manakala Alif 1 Dinar seberat 4.25 gram.

Ia akan jadi satu koleksi siri yang sangat eksklusif. Kalau sebelum ini, saya mengajak orang ramai untuk membeli banyak produk tapi kali ini saya seru untuk membeli emas. Emas tidak akan rugi.

Alif berkata demikian ketika Majlis Berbuka Puasa dan pelancaran emas gold bar serta emas rekaan baharu yang diadakan di Forest Valley Cheras, pada Khamis.

Rekod bersih

terhasil gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf Alif yang pertama di Malaysia

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Shahfizzam Moideen berkata, Alif menjadi pilihan utama kerana pelakon itu memiliki imej yang bersih dalam karier seni dan secara tidak langsung boleh membantu GB Gold menyebar luas maklumat mengenai kelebihan menyimpan emas.

Istimewanya Alif kerana dia selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian.

Pada masa sama, Alif juga merupakan penyimpan emas tegar dan ia bertepatan dengan kempen GB Gold.

Jadi Alif Satar bukan sekadar membawa jenama tetapi akan berkongsi pengalaman sepanjang menyimpan emas dan mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan menyimpan emas sebagai alternatif simpanan.

Sifat ‘happy go lucky’ yang ada pada Alif Satar juga antara faktor yang dicari. GB Gold ingin menukar stigma menyimpan emas sesuatu yang memberi tekanan dan susah kepada ‘lifestyle’ dan sesuatu yang menyeronokkan.

Tambah Shahfizzam, GB Gold bukan sekadar premis menjual emas tetapi juga sentiasa mencipta kesedaran di kalangan khalayak terutama di kalangan golongan muda yang positif untuk mengenali emas fizikal dan menjadikan salah satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Kami akan sentiasa membawa aspirasi emas dengan bentuk-bentuk baharu dan di pasaran dengan kelainan dan berbeza daripada rekaan yang sedia ada di pasaran.

Selain lantikan duta, kempen diteruskan dengan rekaan baharu mengikut musim, antaranya edisi khas hari sambutan jururawat, sambutan hari kemerdekaan, musim raya Aidiladha dan sebagainya.

GB Gold yakin kempen akan mencapai sasaran kerana emas tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan masyarakat namun kami akan terus memberikan pendedahan dan pengetahuan menyimpan emas dengan cara betul.

Misalnya sebelum ini kebanyakannya gemar menyimpan emas perhiasan tetapi kini kita selangkah lebih baik mengajak menyimpan dalam bentuk gold bar dan dinar.

alif satar duta emas 22

Dalam pada itu, kata Shahfizzam lagi, pihaknya turut menandatangani perjanjian dan mengumumkan penajaan kepada Alif Satar dan The Locos yang akan mengadakan konsert jelajah United Kingdom 2024.

Selain bersua muka dan berbuka puasa bersama, kami turut menawarkan hadiah cabutan bertuah sehingga bernilai RM30,000. Lebih istimewa mereka yang membeli salah satu rekaan terbaharu jenama Alif Satar, berpeluang menerima hadiah emas 999.9 seberat 100 gram yang bernilai RM35,000.

MENARIK:  Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel: Penyelesaian Masalah Gusi & Kehakisan dalam 14 Hari

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale