Amar Asyraf Menghentikan Karier Pelakon, Mengalami Rasa Bersalah Memegang Bahu Mimi Lana

Shopee CNY Sale



Amar Asyraf memberitahu dia pernah terdetik rasa bersalah dan tidak selesa selepas melakukan babak bersentuhan dengan pelakon, Mimi Lana dalam drama ‘Perempuan Itu’.

Rasa bersalah

Menerusi temu bual bersama Amar berkata, dia sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan dan tidak mahu mengulangi kesilapan sama. Ujar Amar, kesilapan tersebut merupakan salah satu sebab dia memilih untuk meninggalkan terus bidang lakonan.

Saya memang sudah berhenti berlakon, drama terakhir saya adalah pada 2021 dan tawaran diterima selepas itu saya tolak sebab nekad mahu tinggalkan dunia seni.

Menerusi drama terakhir ‘Perempuan Itu’ ada babak seolah-olah saya pegang bahu Mimi Lana dan walaupun tidak bersentuhan tapi saya betul-betul rasa bersalah.

Memang sebelum ini saya ada berlakon bersentuhan dan berpelukan dengan pelakon wanita tetapi sekarang saya mahu berubah. Itu aib dulu. Itu antara sebab-sebab. Takutlah.

Disoal mengenai kerjaya sekarang, Amar memberitahu dia memilih untuk memberikan tumpuan penuh kepada perniagaan wangian yang dibinanya.

Saya berbincang dengan isteri dan rakan usahawan. Saya pernah buat perniagaan sebelum ini, tapi ada yang lingkup sebab tak tumpukan perhatian. Bila fokus, syukur kepada Allah SWT, ia mula menjadi.

Sumber pendapatan utama dari perniagaan. Dari dunia seni memang tak ada langsung dah sebab saya potong terus. Orang nak upah saya untuk buat ulasan produk pun, saya buat secara percuma. Tawaran memang ada. Baru-baru ini pun ada orang hubungi untuk tawarkan lakonan, tapi saya tak buat.

Di samping itu, Amar mengakui bahawa masih menyalurkan kreativiti dunia seni menerusi kandungan media sosial sebagai salah satu kaedah mempromosikan perniagaan.

Saya masih boleh terus berkarya menerusi video yang dimuat naik di sosial media dan sebab itu buat masa sekarang saya tidak pernah rasa rindu terhadap dunia lakonan.

Secara jujur saya lebih tenang dan gembira. Kehidupan lebih sederhana tanpa perlu fikir soal penampilan malah nak makan di mana-mana pun tiada masalah.

MENARIK:  Tips Meningkatkan Diri Anda Di Bulan Ramadhan

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale