Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa memperkosa anak kandungnya yang sedang berbadan dua dalam satu kejadian di Indonesia pada 23 Januari lalu.
Bapa rogol anak kandung
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Liputan6, tertuduh yang berusia 41 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk tersebut ketika dia berdua bersama anaknya yang berusia 12 tahun di rumah. Tertuduh kemudian memujuk mangsa untuk melakukan hubungan terlarang tersebut.
Selepas daripada kejadian itu, mangsa membuat keputusan untuk menetap di rumah nenekanya sebelum menceritakan perkara sebenar yang menimpanya. Ahli keluarga mangsa kemudian tampil membuat laporan polis dan semasa soal siasat, tertuduh mengaku melakukan perbuatan itu kerana berang mangsa tidak menceritakan siapakah dalang yang membuat dirinya hamil tujuh bulan.
Tertuduh bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan.