Anak Menantu Ikat Perut Mengeluarkan Bayaran Hantaran Mahal, Menyimpan Dendam Terhadap Ayah Mentua – ‘Ini Kali Terakhir Ayah Melihat Anak Ayah’ [VIDEO]

Shopee CNY Sale



dendam menantu

Gambar sekadar hiasan

Pendakwah, mendedahkan kisah seorang lelaki yang berdendam akibat bapa mentuanya bertindak meletakkan hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi.

Makan mi segera

dendam menantu

Menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan bersama Datuk Rosyam Noor, Ustaz Don berkata seusai selesai akad nikah, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia tidak membenarkan bapa mentuanya berjumpa dengan isteri.

Kisah ini berlaku 15 tahun lalu dan bapa pengantin perempuan itu meletakkan wang hantaran RM15,000. Besar la untuk kita.

Pengantin lelaki tu tetap sediakan. Selepas selesai akad, dia pegang tangan pengantin perempuan kemudian pusing ke arah bapa mentuanya.

Dia kata, ‘bapak, ini kali terakhir bapak tengok anak bapak, lepas ini tak jumpa dah, Assalamualaikum.‘

Difahamkan lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana bapa mentuanya meletakkan harga hantaran yang terlalu tingga sehingga dia terpaksa mengikat perut.

Terkejut semua dalam majlis perkahwinan itu dan ramai yang bertanya kenapa dia buat begitu.

Katanya disebabkan bayaran hantaran yang mahal, dia setiap hari makan mi segera sahaja.

Mengulas tentang kejadian itu, Ustaz Don kemudian menzahirkan kerisauannya berikutan perkara tersebut boleh memberi kesan yang buruk terhadap rumah tangga lelaki berkenaan.

Saya tak takut apa yang berlaku ketika majlis itu, orang mungkin akan bercakap sikit-sikit sahaja. Tapi saya takut kesannya untuk tiga tahun selepas itu.

MENARIK:  Pelajar Kolej Vokasional Meninggal Dunia Akibat Dibelasah Di Bilik Asrama
" data-video-id="7333132093750349058" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@suhanchannelofficial

Hantaran mahal sampai berdendam??? EP 6 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 1 Full video di YouTube Suhan Channel & Usanita.? #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #hantaranmahal #perkahwinan #ustazdondaniyal #rosyamnor #usanita #musim3

? original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale