Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akui terkejut dengan bakat anak perempuan mereka, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa memandangkan dia tidak mempunyai asas lakonan.
Artikel berkaitan: ‘Sekiranya Ditakdir Ada Anak Autisme, Anggaplah Itu Ladang Pahala Kita’ – Aeril Zafrel
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Melayan, Takkan Jadi’ – Aeril Zafrel Tiada Niat Nak Curang, Sifatkan Wawa Zainal Cukup Sempurna
Tak kekok berlakon
Menurut Aeril, dia membuat keputusan menghantar anaknya ke kelas lakonan selepas mendapati Hayla mempunyai bakat berlakon.
Sebenarnya kami agak terkejut dengan Hayla sebab dia tiada asas lakonan, tapi dia tak kekok langsung.
Kemudian kami ada juga hantar dia ke kelas lakonan untuk menambahbaik ilmu lakonannya.
Trauma dicekik
Dalam pada itu, Wawa mendedahkan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa mengalami trauma dicekik aktor Adlin Aman Ramlie ketika menjayakan satu babak dalam filem Abnormal Buas.
Ada satu babak tu Adlin pegang macam cekik Hayla, masa babak tu dia menangis dan rupa-rupanya Hayla betul-betul menangis sebab takut sangat, dia sakit.
Tak biasakan, dia malu sebab Adlin lelaki tambah pula Hayla sangat pemalu bila ada orang peluk dan ‘grab’ dia macam itu. Jadi dia menangis, takut dan malu.
Disebabkan itu, Hayla menjadi takut untuk berlakon lagi namun mujur babak tersebut yang terakhir bersama Adlin.
Dia trauma juga, takut nak berlakon lagi. Tapi selamat babak tu yang terakhir dengan Adlin. Jadi trauma dia tu kita dapat selamat.
Tapi babak tu menjadilah dan mungkin kalau ada babak lagi dengan Adlin dia takut.
Dalam perkembangan lain, filem Abnormal Buas turut menampilkan Aeril sebagai pelakon bakal ditayangkan pada 20 Jun ini di pawagam.
Selain Aeril, Adlin dan Hayla, filem itu turut dibintangi oleh barisan pelakon lain antaranya Kodi Rasheed, Jalil Hamid dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.