Anuar Zain Merasa Takut Menyanyikan Lagu Rock – ‘Walaupun Bukan Genre Saya, Saya Masih Boleh Menerima’

Shopee CNY Sale



Penyanyi Anuar Zain, mengakui takut untuk menyanyikan lagu rock apatah lagi mengubah sesebuah karya rock kepada corak nyanyian sendiri. Menurut Anuar, genre itu tidak sesuai untuknya.

Bukan jiwa saya

Memetik laporan Harian Metro, Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain berkata, dia perlu sedar diri bahawa corak nyanyiannya tidak sesuai untuk genre tersebut.

Lagu rock ini bergantung, saya suka ‘soft rock’. Paling saya suka lagu Kamelia. Tapi kalau saya nyanyi dengan cara saya, habis. Saya tak berani nak nyanyi. Genre muzik tertentu itu suci hanya untuk orang tertentu.

Bila nyanyi dengan cara kita, tak kena. Sebab orang sudah biasa dengan cara nyanyian (rock) lebih hebat, tiba-tiba nyanyikan ikut cara kita. Ikut logik dan pendapat saya, tak payahlah saya cuba. Rock janganlah, kena marah nanti.

Suara saya bukan rock punya. Suara rock ini khas. Bukan senang nak nyanyi. Tapi saya suka dengar beberapa lagu. Bukan jiwa saya, tapi banyak juga saya boleh dengar.

Namun begitu, Anuar memberitahu dia sangat suka mendengar beberapa lagu rock.

MENARIK:  Shakilla Khoriri Menolak Berkongsi Nombor Fizi Ali dan Menegaskan Hubungannya dengan Bapa Ameena

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale