Home Trending Anugerah Pelajar Cemerlang: Anak Saya, Nurul Shuhada, Memberi Saya Harapan untuk Mendidik Kakak & Abang dengan Baik

Anugerah Pelajar Cemerlang: Anak Saya, Nurul Shuhada, Memberi Saya Harapan untuk Mendidik Kakak & Abang dengan Baik

0
Anugerah Pelajar Cemerlang: Anak Saya, Nurul Shuhada, Memberi Saya Harapan untuk Mendidik Kakak & Abang dengan Baik

[ad_1]



Nurul Shuhada

Bekas isteri kepada pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Humairah menerima anugerah pelajar cemerlang bagi tahun 2023.

Pelajar cemerlang

Nurul Shuhada

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada berkata dia amat bersyukur dan gembira dengan pencapaian anaknya. Malah, dia berterima kepada Allah di atas nikmat yang dikurniakan itu.

Ya Allah, Yang Maha Hebat, Yang Maha Baik. Tiada kata yang mampu diluahkan selain rasa syukur seorang ibu bernama Shuhada Shukri dengan segala nikmat dan ujian Mu, Ya Allah. Terutama nikmat yang ini (keputusan cemerlang).

Dalam perkongsian sama, Shuhada turut berkongsi tangkapan skrin layar mesej yang diterima daripada guru Humairah yang memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Shuhada berkata dia akan sentiasa memberikan didikan yang terbaik buat anaknya agar berjaya di dunia dan akhirat.

Ibu akan cuba sehabis baik ibu, didik kakak (Humairah) dan abang (Umar), bagi pendidikan yang terbaik dunia akhirat, insya-Allah bersama-sama mak dan abah.

Untuk abah terima kasih menggantikan tanggungjawab (sebagai suami), Allahuakbar.

Untuk rekod, Shuhada pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Hafidz Roshdi pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai 2023.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar berusia 4 tahun.

The following two tabs change content below.

[ad_2]