Apakah Benar Marissa Dania & Aslam Telah Berkahwin Di Songkhla?

Shopee CNY Sale



marissa kahwin

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim didakwa telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Aslam.

Nikah senyap-senyap?

Memetik laporan Harian Metro, pasangan tersebut didakwa telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Menurut sumber, Marissa dan lelaki tersebut mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan keluarga gadis itu dan juga isteri pertama Aslam.

Mereka berkahwin ketika Misya pergi menunaikan umrah. Kiranya Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan.

Dalam pada itu, sumber juga mendakwa bahawa ikatan mereka kembali terjalin selepas Aslam dan Misya rujuk semula dan kontroversi hubungan mereka reda.

Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia merupakan orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.

MENARIK:  Ketika Rozita Che Wan Sibuk, Beliau Tidak Ada Masa untuk ‘Spot Check’ Telefon Zain Saidin

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan Norman dan Abby tidak berjaya.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale