Sering ditegur bentuk badan kelihatan semakin kurus, penyanyi Ara Johari mengakui perkara tersebut sedikit sebanyak memberi tekanan terhadap dirinya.
Semakin kurus
Menurut Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, bagaimanapun tidak merasakan sebarang perubahan pada bentuk fizikal, justeru berasa hairan apabila ditegur sedemikian.
Saya timbang, berat saya masih sama saja. Saya tak tahu kenapa orang cakap saya makin kurus. Sebab saya ini mungkin genetik juga, sebab keluarga saya semua kecil.
Untuk naikkan berat badan saya sangat susah, tapi sekali naik sangat senang untuk turun semula. Jadi, bila orang cakap saya makin kurus, beri tekanan kepada saya untuk naikkan berat.
Tapi saya dah cuba, tetap tak boleh. Cuma, sekarang berat badan saya masih sama, BMI pun normal saja. Selagi normal, saya tak ada masalah.
Sementara itu, Ara tidak menafikan wajahnya kini semakin cengkung selepas memakai pandakap gigi atau ‘braces’.
Mungkin juga (faktor braces) sebab orang cakap bila pakai braces muka jadi cengkung. Jadi, mungkin sebab itu juga (nampak kurus).
Saya ada masalah kurang keyakinan disebabkan gigi bawah, sebab setiap kali menyanyi akan nampak. Kalau ditemu bual pun, akan nampak. Saya rasa lebih baik pakai la.
Mulanya nak pakai bawah saja, tapi doktor kata lebih baik pakai dua-dua supaya pergerakan sama. Tapi saya pakai pun sebab diri sendiri, tak pernah diejek la. Lebih kepada untuk keyakinan diri sendiri.
Boleh tambah keyakinan pada diri. Tapi belum lurus lagi, belum yakin. Saya pakai pun tak lama, paling lama pun dalam dua tahun saja.