Penyanyi Naim Daniel tidak bersetuju dengan tindakan pempengaruh yang melakukan podcast dengan menyifatkan pendidikan di sekolah tidak ada sebarang nilai.
‘Artis, pempengaruh beri contoh yang baik’
Ketika ditemui , ketika pelancaran single baharu penyanyi Elly Mazlein berjudul Sayap di R Studio, Renaissance Hotel, Kuala Lumpur pada petang Rabu, Naim berkata konten sedemikian mungkin boleh mempengaruhi pemikiran generasi muda terhadap ilmu pendidikan.
Ditambah pula kehidupan selebriti sering diperhatikan dan beri pengaruh kepada generasi muda, saya berpandangan artis mahupun pempengaruh hendaklah berikan contoh yang baik pada masyarakat.
Penyanyi berusia 27 tahun itu turut berpendapat bahawa konten yang membincangkan topik sensitif sepatutnya mendapat tapisan terlebih dahulu sebelum dikongsikan kepada orang ramai.
Saya tak rasa isu itu perlu dibincangkan di podcast. Kita tak nak lahirkan generasi tak mahu menimba ilmu. Sebab saya rasa apa-apa jenis pekerjaan kena ada ilmu dan ia bermula dari sekolah.
Terdahulu Naim membidas kenyataan pempengaruh yang merasakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak penting di aplikasi X.