Ibu kandung kepada Musa yang mahu dikenali sebagai Athira tampil menafikan segala dakwaan yang dikeluarkan penyanyi Noh Salleh.
Dimanupulasi
Menurut Athira, dia berasa kesal dan kecewa dengan kenyataan putar belit yang dikeluarkan oleh Noh ketika ditemubual oleh pengamal media berhubung kemelut hak penjagaan Musa.
Tampil menyatakan kebenaran, Athira mendedahkan dia tidak memberikan keizinan kepada Noh untuk mengambil Musa ketika kanak-kanak itu di bawah penjagaan Mizz Nina. Malah, dia mendakwa telah dimanipulasi.
Ketika dia (Noh) minta saya menandatandangi Statutory Declaration (SD), dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa. Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja, jadi saya izinkan dia menjaga Musa buat sementara.
Disebabkan itu saya tandatangani SD (akuan berkanun) itu. Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain. Tiada Pesuruhjaya Sumpah.
Saya tak tahu sah atau tidak ketika itu. Kemudiannya saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Jadi SD itu tidak sah.
Saya juga tak tahu dia merancang untuk mengambil Musa dan sebagainya. Jadi bila saya dengar kenyataan yang diberikan kepada media semalam dan kelmarin, saya terkejut kerana apa yang dia cakap semuanya tak betul.
Selain itu, Athira menegaskan sejak awal lagi dia hanya menyerahkan penjagaan Musa kepada Mizz Nina seorang.
Ya dari awal, saya tandatangi surat penyerahan itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Nina adalah penjaga Musa yang sah.
Pada Selasa lalu, Noh mendakwa bekas isterinya, Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa.
Noh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh berkata ibu kandung Musa juga sudah membenarkan dia untuk menjaganya menerusi akuan berkanun yang Athira sendiri serahkan kepadanya.
Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya. Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Nina ke luar negara atas urusan kerja.
Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan. Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.
Noh kemudiannya tampil memuat naik video di Instagram selepas dituntut oleh Athira untuk menarik balik kenyataannya, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa di media sosial dalam tempoh 24 jam.